5 Kebaikan Buah Mengkudu Yang Luar Biasa

5 Kebaikan Buah Mengkudu Yang Luar Biasa

Pernah dengar buah mengkudu?

Rupa buah mengkudu ini tidak begitu sedap dipandang.

Permukaannya berbiji serta mempunyai sejenis bau yang agak kuat dan kurang menyenangkan. Ramai yang tidak rela untuk mencuba dan mengamalkan pengambilan buah mengkudu ini.

Sebenarnya buah ini mengandungi pelbagai khasiat yang tidak diketahui ramai.

Salah satu khasiatnya yang istimewa ialah ianya bersifat anti-bakteria dan anti-radang. Ciri-ciri ini dapat melindungi tubuh badan kita daripada mudah dijangkiti bakteria dan penyakit.

Berikut merupakan beberapa kebaikan yang kita dapat perolehi apabila mengamalkan buah istimewa ini:

Sumber antioksida semulajadi

Salah satu sebab punca berlakunya penyakit adalah radikal bebas.

Ianya datang daripada pencemaran, makanan yang diproses dan stres. Jika radikal bebas ni dibebaskan secara berlebihan, ia menyebabkan sistem imunisasi badan kita menjadi lemah.

Disebabkan itu, anda disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang tinggi dengan kandungan anti-oksidan semula jadi.

Buah mengkudu mengandungi sumber anti-oksida semulajadi yang lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.

1. Memelihara kesihatan jantung

Bahan aktif dalam mengkudu menjadikan otot-otot dalam saluran darah dan jantung rileks ketika darah dipam ke seluruh tubuh badan.

Kadar kolesterol dalam darah juga dapat diturunkan. Sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya mendapan pada dinding saluran darah. Bila jantung sihat, hidup kita akan lebih berkualiti.

2. Membekalkan nutrisi yang lengkap

Antara nutrisi yang anda boleh perolehi daripada buah ini ialah vitamin, protein dan mineral. Selain itu, ia juga mengandungi selenium merupakan ejen anti-oksidan terbaik bagi memelihara kesihatan anda.

Sifat anti-bakteria di dalam buah mengkudu dapat menghapuskan sel-sel yang tidak normal dalam tubuh badan kita.

3. Menstabilkan tekanan darah

Kandungan xeronine yang terdapat dalam mengkudu ini dapat mengawal tekanan darah untuk kembali stabil dan normal.

Manakala kandungan scopoletin fitonutrien pula mampu mengembangkan saluran darah supaya tidak sempit bagi memastikan paras tekanan darah stabil.

Ia membantu jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan.

Buah ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi. Anda boleh makan terus buah mengkudu ini selepas mengupas kulitnya. Anda juga boleh merebus terlebih dahulu supaya ianya lembut.

4. Melancarkan sistem pencernaan

Kandungan serat dalam mengkudu dapat melancarkan sistem pencernaan.

Sekiranya anda mengalami cirit-birit dan sembelit, anda disarankan untuk mengambil buah ini. Boleh ambil dalam bentuk jus atau dimakan begitu sahaja. Apabila sistem pencernaan kita sihat, banyak penyakit lain dapat dielakkan.

Kesimpulannya, begitu banyak manfaat yang boleh kita perolehi daripada buah mengkudu.

Walaupun mempunyai rupa yang tidak enak dipandang dan bau yang kurang menyenangkan, buah ini mampu mendatangkan banyak faedah kepada kesihatan kita.

P.S Khasiat buah mengkudu boleh dialami melalui campuran kopi KH Kopi (King Herbs Cafe).

Ianya minuman pra-campur dengan rasa kopi hutan sebenar.

KH Kopi mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor Sijil Rujuk (90) KKM 163/S/25JIL102.

Produk herba ini dihasilkan menggunakan ekstrak 100% herba oleh syarikat Bakti Ikhlas Enterprise.

Produk ini menjalani ujian makmal bertaraf antarabangsa dan selamat untuk diminum. 100% keluaran Bumiputera Muslim yang beroperasi di Perlis.

Sekiranya anda berminat untuk merasai sendiri kesedapan kopi campuran herba hutan ini, anda boleh membuat tempahan secara online hari ini.


Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat