Ini Yang Akan Terjadi Sekiranya Anda Amalkan Makan Ubi Jaga

Ini Yang Akan Terjadi Sekiranya Anda Amalkan Makan Ubi Jaga

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui serba sedikit tentang ubi jaga serta kebaikannya.

Ubi jaga merupakan salah satu herba tradisional yang sering digunakan oleh Orang Asal untuk merangsang kekuatan seks terutamanya bagi kaum lelaki.

Ianya merupakan tumbuhan merayap yang tumbuh di dalam hutan tropika di Asia Tenggara.

Selain menguatkan tenaga lelaki, ia juga bagus untuk meningkatkan metabolisma badan.

Cara penjagaan ubi jaga tidak memerlukan cahaya matahari yang terik.

Sekiranya hendak ditanam di rumah, ianya perlu diletakkan di bawah teduhan. Ia juga memerlukan tanah yang kaya dengan humus, lembab dan bersaliran baik.

Struktur Fizikal

Daun ubi jaga berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daunnya yang besar dan semakin tirus ke hujungnya.

Daunnya berwarna hijau gelap pada permukaan daun dan berwarna hijau muda di bawah daun. Tumbuh meliar di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Khasiat dan kegunaannya masih di peringkat kajian walaupun terdapat banyak testimoni yang bagus-bagus telah diperolehi apabila mengamalkannya.

Di antara khasiat yang cukup terkenal adalah sebagai tonik untuk lelaki.

Tonik Untuk Lelaki

Pengambilan ubi jaga dikatakan mampu membantu meningkatkan keupayaan seksual lelaki.

Selain itu, ia juga mampu meningkatkan sensitiviti, menguatkan ereksi dan membolehkan lelaki untuk menikmati hubungan intim dengan isteri dengan lebih kerap, lebih berkualiti serta lebih tahan lama.

Ia juga mampu menstabilkan mood, meredakan tekanan darah serta meningkatkan tenaga.

Disebabkan itulah, para saintis mula mengkaji tentang herba yang unik ini sains perubatan juga mula menyedari akan kehebatan dan khasiatnya.

Sebagai Penawar Penyakit

Nak mengurangkan demam? Ambil daunnya, buat air rebusan dan minum. Insya-Allah demam cepat sembuh.

Berikut merupakan cara penyediaan air rebusan ubi. Gunakan bahagian akar ya.

  • Ambil 20 gram (untuk 3 kali minum)
  • Potong ubi jaga dan basuh sehingga bersih
  • Buat dalam 5 gelas air untuk merebus, rebus selama 30 minit sehingga air rebusan bertukar berwarna kekuningan
  • Tapis air rebusan tersebut dan minum 1 gelas
  • Baki air rebusan boleh disimpan dalam peti ais
  • Disaran minum 1-2 gelas sehari

Kesimpulannya, khasiat herba ubijaga tidak dapat disangkal lagi. Tidak hairanlah akar kayunya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran sehingga mampu mencecah RM200 sekilogram.

Oleh kerana permintaan herba ini yang sentiasa tinggi, ia dikomersialkan dalam bentuk produk-produk kesihatan.

Sekiranya anda tercari-cari minuman kopi dengan rasa yang sebenar dan mengandungi khasiat ubi jaga, KH Kopi (King Herbs Cafe) adalah jawapannya!

KH Kopi satu-satunya kopi hutan yang lazat dan menyihatkan.

Bukan itu sahaja, bahan aktif yang terdapat dalam KH Kopi mampu menyahtoksin dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit.

Apabila tubuh bebas toksin, penyakit lain dapat dielakkan.

Khasiat utama KH Kopi ini adalah:

  • Membakar dan membuang kekotoran (Burning)
  • Mengalir dan meneutralkan kekotoran (Cleansing)
  • Memulihkan dan memberi tenaga (Recovering)

KH Kopi ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Nombor Sijil Rujuk (90) KKM 163/S/25JIL102.

Produk keluaran syarikat Bakti Ikhlas Enterprise, 100% Bumiputera Muslim yang beroperasi di Perlis.

Berminat untuk mendapatkan KH Kopi, anda boleh membuat tempahan secara online di sini.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat