Misai Kucing: Herba Kesihatan Terbaik

Misai Kucing: Herba Kesihatan Terbaik

Walaupun namanya berkaitan dengan ‘kucing’, Misai Kucing adalah salah satu herba semulajadi yang mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan manusia.

Misai Kucing merupakan tumbuhan herba renek yang berasal dari keluarga Lamiaceae dan mempunyai ketinggian mencapai 1.5 meter.

Bagi mendapatkan tumbesaran yang optimum, tumbuhan herba ini memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi dan bersaliran baik. Selain itu, cantasan secara berkala perlu dilakukan untuk mengawal tumbesaran pokok.

herba misai kucing

Herba semulajadi ini mempunyai bunga yang berwarna putih. Daunnya berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi.

Batang pokok misai kucing pula berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Keseluruhan tumbuhan herba ini memberi manfaat yang baik dan boleh digunakan sebagai ubat.

Berikut merupakan antara khasiat herba misai kucing untuk kesihatan:

1. Baik Untuk Merawat Diabetes

rawat diabetes

Khasiat yang terdapat dalam misai kucing ini dapat membantu membuang toksin dalam badan.

Ia juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah. Sekaligus sangat baik untuk merawat masalah diabetes.

Apabila anda mengamalkan air herba ini, bahan aktif akan dicernakan membentuk satu bahan dikenali sebagai asid kafeik.

Asid kafeik ini baik untuk mengubati penyakit diabetes. Kajian awal yang dijalankan oleh MARDI menunjukkan bunga misai kucing mengandungi kuantiti asid kafeik yang agak tinggi.

2. Tinggi Dengan Antioksidan

Apa yang menarik tentang misai kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal.

Tumbuhan herba ini sangat kaya dengan antioksidan. Anda akan kelihatan lebih muda jika mengamalkan air misai kucing secara konsisten.

Terdapat kajian yang dijalankan oleh MARDI mendapati tumbuhan herba ini mengandungi bahan antioksidan mudah serap yang tinggi.

Selain itu, terdapat kajian yang hasilnya diterbitkan pada 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia mendapati herba ini mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas.

3. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

tekanan darah tinggi

Antara khasiat herba ini yang lainnya adalah membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah.

Apabila tekanan darah tinggi dan kolesterol dapat dikawal, sekaligus dapat mengelakkan masalah penyakit jantung.

Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati misai kucing ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik.

Ia terjadi melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium.

Ini menunjukkan kesan positif herba ini dalam merawat tekanan darah tinggi.

4. Membantu Membersihkan Ginjal

Badan kita perlu menyahkan toksin seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid dari terkumpul.

Sekiranya gagal berbuat sedemikian akan menyebabkan badan berasa keletihan, kulit kelihatan kusam dan tidak berseri. Daya ketahanan badan menjadi lemah, badan berasa sengal-sengal dan sebagainya.

Pengambilan daun misai kucing ni mampu untuk membersihkan ginjal dan saluran air kencing anda. Ianya bagus untuk membersihkan sistem perkumuhan anda.

Sekiranya anda kerap pergi ke tandas untuk membuang air, ia bukanlah tindak balas yang negatif. Ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku. Yang bagusnya, penyakit batu karang dapat dielakkan.

5. Merawat Masalah Keputihan Wanita

Masalah keputihan akan membuatkan seseorang wanita itu merasa tidak selesa.

Ini terutamanya yang berkaitan dengan masalah keputihan kronik dan menyebabkan kegatalan. Ia mengeluarkan bau pada kemaluan wanita. Masalah ini boleh menurunkan tahap keyakinan diri seseorang.

Pengambilan air misai kucing mampu merawat masalah keputihan wanita.

Caranya anda merebus daun misai kucing dan tambahkan satu sudu teh jintan hitam bersama 10 biji lada hitam. Saring dan minum air rebusan tersebut sehingga hilang masalah keputihan yang dihadapi.

Kesimpulannya, misai kucing merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan manusia.

Sekiranya anda mengalami masalah diabetes dan darah tinggi, bagus mengamalkan minum air misai kucing secara konsisten. Tetapi pengambilan makanan juga perlu dikawal. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Anda juga boleh mengamalkan KH Kopi (King Herbs Cafe), minuman kopi hutan dengan rasa yang sebenar!

Ia merupakan satu-satunya kopi yang lazat dan menyihatkan. Salah satu kandungan herba yang terdapat dalam KH Kopi adalah misai kucing.

kh kopi minuman kopi hutan sebenar

KH Kopi mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor Sijil Rujuk (90) KKM 163/S/25JIL102.

Produk herba ini dihasilkan menggunakan ekstrak 100% herba oleh syarikat Bakti Ikhlas Enterprise.

Menjalani ujian makmal bertaraf antarabangsa dan selamat untuk diminum. 100% keluaran Bumiputera Muslim yang beroperasi di Perlis.

Khasiat Utama KH Kopi:

  • Membakar dan membuang kekotoran (Burning)
  • Mengalir dan meneutralkan kekotoran (Cleansing)
  • Memulihkan dan memberi tenaga (Recovering)

Disebabkan salah satu kebaikan KH Kopi ini dapat menyahkan toksik dari badan, maka banyak penyakit dapat dielakkan.

KH Kopi sangat bagus untuk diamalkan kerana ianya selamat untuk diminum dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Berminat nak cuba? Tempah secara online atau hubungi syarikat penjual hari ini.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat