Tongkat Ali: Kebaikan Yang Luar Biasa

Tongkat Ali: Kebaikan Yang Luar Biasa

Sejak berzaman lagi, tumbuhan ini telah dikaji dan digunakan sebagai “ubat kuat” dan makanan kesihatan. Itulah tongkat ali.

Terdapat banyak nama diberikan kepada tumbuhan ini. Tongkat ali sering digelar oleh orang tempatan sebagai Pasak Bumi atau Tung Saw. Ia turut dikenali sebagai longjack atau nama saintifiknya adalah Eurycoma Longifolia.

Secara amnya, pokoknya berasal dari Asia Tenggara dan mempunyai taburan semulajadi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

Ia berfungsi untuk meneutralkan bisa racun dalam badan, merawat kembung air dan demam kuning.

Selain itu, ia juga digunakan untuk mengurangkan demam dan bagi melegakan mana-mana bahagian badan yang bengkak.

Mari kita lihat kebaikan-kebaikan luar biasa yang boleh diperolehi dari tongkat ali:

1. Meningkatkan Kadar Testosteron

Testosteron merupakan hormon utama bagi lelaki. Antara fungsi testosteron ini termasuklah keinginan seksual (libido), karakter kelakian, pembesaran otot dan untuk kesihatan tulang.

Semakin meningkat umur seseorang lelaki itu, hormon ini berkurang. Lelaki akan menghadapi masalah yang dipanggil adropause yang mana sama seperti menopause dihadapi oleh wanita.

Pengambilan tongkat ali terbukti mampu meningkatkan kadar testosterone.

Terdapat satu kajian di Malaysia pada tahun 2012 melibatkan 76 orang lelaki yang hanya mempunyai 35% daripada kadar normal testosteron. Namun selepas sebulan pengambilan tongkat ali, kadar testosteron mereka meningkat sehingga 90%.

2. Membantu Kesuburan Lelaki

sperma lelaki

Selain membantu meningkatkan kadar testosteron, tumbuhan ini juga mampu menambahkan kualiti sperma lelaki.

Satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2010 terhadap 75 orang lelaki, menunjukkan perubahan yang menakjubkan.

Kualiti sperma mereka selepas mengambil 200mg tongkat ali setiap hari selama tiga bulan. 15% daripadanya melaporkan isteri mereka hamil.

3. Merangsang Keinginan Seksual

Tumbuhan herba ini sangat terkenal dengan fungsi merangsang keinginan seksual lelaki.

Pada tahun 2003, terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas tikus tua. Setelah diberikan tongkat ali selama 10 hari, kajian tersebut mendapati tikus yang menerima ekstrak herba ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam aktiviti seksual.

Tiada kajian saintifik berkenaan khasiat herba ini terhadap manusia.

Tetapi melalui testimoni dan maklum balas yang diterima daripada pengguna tongkat ali, terdapat peningkatan libido, ereksi lebih lama, ejakulasi lebih kuat dan hubungan seksual menjadi lebih baik.

4. Meningkatkan Kesihatan Tulang

kesihatan tulang

Kekurangan hormon testosterone boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh yang dikenali sebagai osteoporosis.

Memandangkan herba tongkat ali ni mampu meningkatkan kadar testosteron, maka secara tidak langsung ianya juga dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang.

5. Mengurangkan Lemak Dan Meningkatkan Berat Otot

kekuatan otot sebab tongkat ali

Pengambilan tongkat ali adalah pilihan yang baik sekiranya anda ingin membina otot.

Anda masih boleh menikmati khasiatnya biarpun tidak menjadi atlet sepenuh masa. Hal ini kerana herba ini mampu mengurangkan lemak dan meningkatkan berat otot (lean body mass).

Satu kajian di Malaysia telah dijalankan pada tahun 2002 melibatkan 14 orang lelaki. 7 orang lelaki diberikan 100mg ekstrak tongkat ali, manakala 7 orang lagi diberikan ekstrak placebo selama 5 minggu.

Hasil kajian menunjukkan sekumpulan lelaki yang mengambil ekstrak tongkat ali melaporkan peningkatan berat otot sebanyak 5% dan berlaku pengurangan lemak yang signifikan.

Kesimpulannya, tongkat ali sememangnya mempunyai banyak kebaikan. Kita seharusnya kagum dengan orang-orang dahulu yang berjaya merungkai khasiat herba ini biarpun tanpa penggunaan teknologi yang canggih.

Namun menurut Dr Rasadah Mat Ali, cara terbaik untuk mendapatkan khasiatnya adalah dengan mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan. Ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan yang tulen dan tinggi khasiat.

Anda juga boleh menikmati khasiat tongkat ali yang sebenar. KH Kopi (King Herbs Cafe) adalah minuman kopi hutan dengan rasa yang sebenar! Merupakan satu-satunya kopi yang lazat dan menyihatkan.

kh kopi

KH Kopi mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor Sijil Rujuk (90) KKM 163/S/25JIL102.

Produk herba ini dihasilkan menggunakan ekstrak 100% herba oleh syarikat Bakti Ikhlas Enterprise. Menjalani ujian makmal bertaraf antarabangsa dan selamat untuk diminum. 100% keluaran Bumiputera Muslim yang beroperasi di Perlis.

Khasiat Utama KH Kopi:

  • Membakar dan membuang kekotoran (Burning)
  • Mengalir dan meneutralkan kekotoran (Cleansing)
  • Memulihkan dan memberi tenaga (Recovering)

Disebabkan salah satu kebaikan KH Kopi ini dapat menyahkan toksin dari badan, maka banyak penyakit dapat dielakkan.

KH Kopi sangat bagus untuk diamalkan kerana ianya selamat untuk diminum dan baik untuk penjagaan kesihatan. Dapatkannya hari ini secara online.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat